Perak FC bermula langkah sumbang - Utusan Malaysia

Perak FC bermula langkah sumbang

PEMAIN Perak FC, Mohamad Farid Khazali (kiri) diasak pemain PDRM FC, Mohamad Nabil Ahmad Latpi dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh hari ini.- UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hajat Perak FC untuk mencari keputusan positif bagi ‘menceriakan’ pasukan yang kini dirundung malang bagaimanapun tidak kesampaian apabila tumpas 1-3 kepada PDRM FC dalam aksi Liga Perdana di Stadium Perak, sebentar tadi.

Perak hanya menyenaraikan 16 daripada 20 pemain yang didaftarkan, termasuk tiga penjaga gol berbanding pelawat yang lengkap dengan 20 pemain.

Sang Saka Biru bermula garang dengan menyerbu kubu tuan rumah tetapi gagal menembusi benteng kebal Perak di awal permainan.

Selepas berjaya menyerap asakan pemain lawan, Perak mula mengancam PDRM dengan asakan bertali arus.

Kesungguhan mereka berhasil apabila Royizzat Daud memanfaatkan kelalaian benteng PDRM menrusi sepakan bebas untuk  gol pendahuluan pada minit ke-13.

Ketua pasukan, Muhammad Firdaus Saiyadi hampir menambah gol Perak 13 minit kemudian, namun sepakan lencongnya terkena palang.

Babak kedua menyaksikan PDRM bangkit mencari gol penyamaan dengan corak permainan lebih tersusun.

Martin Adamec memanfaatkan hantaran lintang Muhammad Amirul untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-64.

Gol kedua PDRM hadir 10 minit kemudian selepas Merbek Akhmadaliev menewaskan perangkap ofsaid Perak untuk menyudahkan bola lorongan rakan sepasukan bagi menggandakan kedudukan.

Empat minit berselang, Akhmadaliev terus menghukum Bos Gaurus dengan meledak gol kedua peribadi dan ketiga buat skuad bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya