Perak Bison tak rela musibah berulang - Utusan Malaysia

Perak Bison tak rela musibah berulang

SELEPAS ditimpa musibah hingga menyukarkan kedudukan mereka dalam Liga Premier, Perak Bison berharap untuk bangkit apabila STL 2021/2022 memasuki Ipoh minggu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak Bison berharap musibah yang menimpa pa­sukan sepanjang dua minggu sehingga menjejaskan kempen mereka dalam Emas ­Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 tidak berulang.

Ketua jurulatih Perak, ­Suhairi Abd. Aziz berharap tiada lagi pemain dijangkiti Covid 19 apabila kejohanan tiba di Stadium Indera Mulia, Ipoh minggu ini.

“Kami ditimpa pelbagai musibah apabila pemain kena Covid dan kemala­ngan.

“Tidak ada apa yang dapat dilakukan melainkan reda,” katanya.

MAMPUKAH gelanggang sendiri membawa tuah kepada Perak Bison?

Menurut jurulatih itu, se­galanya berjalan baik buat Bison di awal pusingan kedua.

Bagaimanapun nasib me­reka berubah pada ming­gu keenam dan ketujuh di Kota Bharu dan Pulau Pinang yang menyaksikan Bison terhumban ke tangga kedua tercorot.

“Kami perlu menang satu daripada baki dua perlawanan untuk kekal dalam liga utama.

“Kedudukan kami kini iba­rat ‘telur dihujung tanduk’ ­ke­rana menghuni dasar liga.

“Jika gagal menang di Ipoh kami akan tersingkir ke Divi­syen 1,” katanya.

Suhairi berharap penyokong tempatan akan hadir memberi sokongan padu kepada Perak Bison apabila turun bertemu Putrajaya Cyborg dan Kelantan Warriors esok serta Ahad. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya