Perak Bison menang perlawanan terakhir liga - Utusan Malaysia

Perak Bison menang perlawanan terakhir liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tuan rumah, Perak Bison menutup tirai saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) Premier 2021/2022 dengan bergaya apabila menumpaskan Kelantan Warriors 2-0 di Stadium Indera Mulia Ipoh, sebentar tadi.

Dengan kemenangan ini, Bison memintas Selangor Piston untuk melonjak ke tangga ketujuh saingan edisi kelapan kejohanan.

Begitupun kedudukan itu tidak cukup untuk membantu Perak Bison ke saingan peringkat Piala Juara-juara di Johor nanti.

Dalam perlawanan terakhir Liga Premier musim ini, kedua-dua pasukan turun dengan tekad memburu kemenangan bagi menjaga maruah masing-masing.

Keberkesanan servis tekong, Muhammad Zulkifli Abd. Razak dan rejaman-rejaman padu, Marfuden Arwae menyaksikan Warriors mendahului lawan di awal permainan.

Bagaimanapun, suasana berubah apabila Perak memasukkan tekongnya, Meor Zulfikar Mat Amin pada pertengahan perlawanan untuk berjaya memenangi perlawanan 22-20.

Skrip set kedua tidak banyak berubah menyaksikan kedua-dua pasukan bersaingan sengit.

Di bantu sokongan padu penyokong yang membanjiri stadium, pemain-pemain tuan rumah berjuang bermati-matian bagi setiap mata.

Kelantan gagal mempertahankan momentum untuk membolehkan tuan rumah meluru ke mata penamat .

Ia turut dibantu beberapa kesilapan Sobey yang menghantar servisnya ke dalam jaring serta dibantu pertahanan mantap pemain Bison akhirnya menang 21-16. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya