Pemain futsal wanita KL dianiaya? - Utusan Malaysia

Pemain futsal wanita KL dianiaya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menggesa siasatan khas dijalankan bagi mengenal pasti punca pemain futsal wanita pasukan Kuala Lumpur tidak dibayar gaji seperti yang dijanjikan pihak pengurusan.

PFAM dalam satu kenyataan turut menggesa wakil pengurusan Futsal Wanita Kuala Lumpur tampil menjelaskan tawaran gaji/elaun bernilai RM1,400 kepada semua pemain yang gagal dilunaskan pada tarikh dijanjikan.

“Menurut para pemain, pihak pengurusan telah berjanji membayar elaun/gaji mereka sebelum perlawanan pertama pada 8 Mac, namun tiada sebarang bayaran diterima pada tarikh itu.

“Kemudian, pihak pengurusan berjanji lagi untuk membayar pada 15 Mac dan janji kali kedua pun tidak ditepati,” lapor kenyataan itu.

Bertindak berdasarkan aduan-aduan itu, PFAM merasakan wujud penganiayaan kepada semua pemain ini apabila mereka tidak diberikan kontrak yang menyatakan jumlah gaji seperti yang dijanjikan sebaliknya hanya elaun bulanan yang bernilai RM100.

“Mereka cuma menerima surat tawaran yang menyatakan pemberian elaun bulanan iaitu RM100, satu jumlah yang sangat jauh dengan nilai elaun/gaji yang dijanjikan iaitu RM1,400.

“Bukan itu sahaja, para pemain juga telah dihalau keluar dari rumah tumpangan (inap desa) akibat pengurusan tidak membayar sewa penginapan dan mereka perlu mengeluarkan duit sendiri untuk kos pengangkutan dan makanan,” jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, PFAM menzahirkan kekesalan kerana meskipun  pemain ini bertaraf amatur, perbuatan ini melambangkan sikap tidak profesional pengurusan dalam menjaga kebajikan pasukan.

Kelmarin, pasukan futsal wanita Kuala Lumpur tewas kepada Melaka 26-0 dalam liga futsal yang berlangsung secara karnival bermula 8 hingga 23 Mac ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya