Pasukan 100 peratus 'Buatan Malaysia' tumpaskan Melaka United - Utusan Malaysia

Pasukan 100 peratus ‘Buatan Malaysia’ tumpaskan Melaka United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melaka United yang menampilkan penjaring terbanyak Liga Super 2021, Ifedayo Olusegun dan empat import gagal menyaingi pasukan 100 peratus ‘buatan Malaysia’, Petaling Jaya City (PJ City) apabila kalah 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Beraksi di bawah bimbingan jurulatih baharu dari Bosnia, Risto Vidakovic, skuad Sang Kancil jelas belum ‘panas’ dalam aksi pembukaan Liga Super musim ini.

Aksi 30 minit pertama permainan berlangsung hambar apabila tiada percubaan bahaya dilancarkan kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, dua minit sebelum tamat permainan sepakan voli S. Kumaahran menewaskan Norazlan Razali untuk PJ City mendahului 1-0.

Tuan rumah berpeluang menutup babak pertama dengan kedudukan 2-0, namun percubaan Kumaahran di depan pintu gol Melaka United mudah ditangkap Norazlan di penghujung babak pertama.

Memasuki separuh masa kedua, tidak banyak gerakan menarik dipamerkan kedua-dua pasukan.

Menggandingkan kombinasi yang dianggap mampu mengancam, Ifedayo dan Sony Norde, Melaka bagaimanapun terus buntu di depan gawang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya