'Parking bas okay tapi lengahkan masa teruk' - Utusan Malaysia

‘Parking bas okay tapi lengahkan masa teruk’

KENYATAAN Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak menyalahkan Penang FC kerana menggunakan taktikal ‘parking bas’ ketika menentang pasukannya dalam saingan pembukaan Liga Super kelmarin.

Beliau sebaliknya tidak menyenangi sikap pemain-pemain Harimau Kumbang yang melengah-lengahkan permainan ketika tumpas 0-1 kepada JDT dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) juga bersimpati dengan penyokong yang datang ke stadium kerana disajikan dengan ‘drama’ penjaga gol yang terbaring menahan kesakitan selepas menyelamatkan percubaan lawan.

Parking bas ok. Tetapi ‘time wasting‘ teruk. Bayangkan statistik menunjukkan kami hanya bermain selama 46 minit sahaja. Yang lain setiap 10 atau tujuh minit jatuh.

“Kita sahaja negara di mana setiap kali penjaga gol menyelamatkan bola, dia akan mengalami kecederaan dan terbaring selama tiga minit. Sampai bila nak macam ni?” katanya dalam media sosial.

Tunku Ismail turut mendedahkan taktikal bertahan itu sememangnya diarahkan pengendali Penang FC, Tomas Trucha sendiri dan ia diakui pemain mereka.

“Apabila jurulatih kami bertanya kepada pemain import Penang, mereka cakap itu semua arahan jurulatih (Trucha). Mulai dari minit kelima hingga habis perlawanan. Kesian penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan bola sepak,” katanya.

Permainan bertahan Harimau Kumbang hampir memerangkap Harimau Selatan yang dipaksa bekerja keras untuk mencari gol.

Juara Liga Super lapan musim berturut-turut itu akhirnya memperoleh gol tunggal perlawanan 20 minit sebelum tamat permainan menerusi Bergson da Silva. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya