Pantang 'Pahlawan' kibar bendera putih - Utusan Malaysia

Pantang ‘Pahlawan’ kibar bendera putih

KELANTAN Warriors akan melakukan apa sahaja untuk memenangi dua perlawanan terakhir Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/2022 bagi mengelak tersingkir ke Divisyen 1 musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kelantan Warriors akan menurunkan pasukan terbaik dan melakukan apa sahaja untuk cuba memenangi dua perlawanan terakhir Emas ­Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Indera Mulia di sini bagi menyelamatkan diri dalam Liga Premier musim depan.

Menghuni tangga tercorot liga dengan hanya mengutip lapan mata, Kelantan perlu mengalahkan Johor Tigris hari ini dan tuan rumah, Perak Bison esok sambil berharap beberapa keputusan pasukan lain memihak mereka untuk menyelamatkan diri.

Pengurus Kelantan Warriors, Fairul Rafiq Zainuddin berkata, pasukannya telah melakukan persiapan terbaik untuk memulakan ‘perjuangan’ menyelamatkan diri di Ipoh.

“Kita akan menurunkan pemain terbaik, mempamer kekuatan penuh untuk dua aksi di sini selepas sebelum ini ada pemain kami yang tidak cergas.

“Selepas seminggu liga berehat setelah aksi di Pulau Pinang, kami menjalani latihan di Bagan Serai, Perak dan pada hari terakhir sebelum perlawanan esok, kami menjalani latihan di Ipoh.

“Kami akan berhabis-habisan untuk dua perlawanan terakhir ini kerana kami masih mempunyai harapan kekal dalam Liga Premier, kalau menduduki tangga kelapan pun, itu sudah selamat buat kami daripada ter­singkir” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelantan Warriors
KELANTAN Warriors berdepan cabaran getir untuk mengelak daripada penyingkiran ke Divisyen 1 musim depan. 

Begitu pun Fairul Rafiq mengakui dengan kedudukan pasukan itu di tangga terbawah liga, sudah semestinya tekanan dirasai.

Menurutnya, namun segala tekanan akan diserap dan diterjemahkan sebagai satu motivasi kepada pemain apabila berada di gelanggang nanti.

“Barisan pemain yang akan diturunkan nanti sedang dinilai oleh jurulatih berdasarkan latihan hari ini, terpulang kepada jurulatih untuk menentukannya, mungkin sudah sampai masanya ada pemain yang perlu diganti.

“Pemain akan beraksi di sini dengan semangat untuk kekal dalam Liga Premier.

“Saya percaya pemain akan ‘enjoy’ di sini kerana mereka bermain kerana minat dalam sukan ini dan sudah tentu mereka mahu mencatat satu kenangan bermakna bersama Kelantan Warriors,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya