Pan Gon bawa 11 pemain JDT ke Singapura - Utusan Malaysia

Pan Gon bawa 11 pemain JDT ke Singapura

harimau malaya
PEMAIN Harimau Malaya akan bersaing dalam Kumpulan E pada Kelayakan Piala Asia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya hari ini mengumumkan senarai akhir 25 pemain yang akan dibawa Kim Pan Gon ke Singapura untuk beraksi dalam FAS Tri-Nations Series 2022 menentang tuan rumah dan Filipina.

Daripada 25 senarai yang diumumkan itu, 11 adalah pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) diketuai bekas Kapten Harimau Malaya , Safiq Rahim yang kembali memperkuatkan skuad kebangsaan kali ini.

Selain itu, pemain JDT lain yang tersenarai ialah, Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abd. Radzak, Shahrul Saad, Corbin Ong La’vere Lawrence, Syamer Kutty Abba, Arif Aiman Hanapi, Safawi Rasid, Akhyar Abdul Rashid, Mohamadou Sumareh dan Ramadhan Saifullah Usman.

Pemain lain yang tersenarai ialah, Mohd. Khairulazhan Khalid, Quentin Cheng Jiun-Ho (Selangor FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Kogileswaran Raj (PJ City FC), Khair Muhamad Jefri Jones, Ahmad Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan FC), Mohamad Faisal Abdul Halim (Terengganu FC), Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman FC), Dominic Tan (Sabah FC), Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Sri Pahang FC), Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk), Dion Cools (SV Zulte Waregem), Liridon Krasniqi (Odisha FC) dan Zhafri Yahya (KL City FC).

Terdahulu, daripada 30 pemain yang disenaraikan Pan Gon untuk kem latihan pusat kali ini, hanya pemain JDT, Syahmi Safari tidak dapat melapor diri selepas beliau meminta pengecualian kerana menyambut kelahiran cahaya mata kembar tiga.

Tempat Syahmi telah digantikan oleh Ahmad Khuzaimi dari senarai bersedia, sementara Dion Cools dan Liridon akan terus melapor diri di Singapura nanti.

Penyerang PJ City FC, Darren Lok pula telah hadir melapor diri pada 14 Mac tetapi terpaksa digugurkan selepas positif ujian RTK dan PCR, sekali gus tempatnya telah digantikan oleh seorang lagi pemain dari senarai bersedia iaitu Zhafri Yahya.

Seterusnya, dua lagi pemain terpaksa digugurkan semasa kem latihan pusat berlangsung iaitu pemain tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor yang mengalami kecederaan pangkal paha dan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim yang disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, Pan Gon memutuskan untuk tidak memanggil mana-mana pemain dari senarai bersedia untuk hadir sebagai pengganti bagi kedua-dua pemain terbabit.

Baki tiga lagi pemain yang melengkapkan senarai tidak dibawa ke Singapura ialah Hakimi Abdullah (Terengganu FC), Sharul Nazeem Zulpakar (Selangor FC) dan Shio Hong Wan (JDT).

Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura esok untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Filipina dan Singapura itu, selain pertemuan dengan kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya