Nor Iman sandaran emas muaythai di Sukan SEA - Utusan Malaysia

Nor Iman sandaran emas muaythai di Sukan SEA

ANTARA peserta yang menyertai Kejohanan Muaythai Elit Kebangsaan 2022 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa di sini semalam. - IHSAN PGX
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Persatuan Muaythai Malaysia (PPM) optimis atlet kelahiran Kelantan Nor Iman Alif Rakib, 17, mampu menghadiahkan pingat emas untuk negara dalam Sukan SEA Vietnam, Mei ini.

Presiden PPM, Datuk Shahnaz Azmi berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan jaguh Muaythai Remaja Dunia itu yang beraksi bagi kategori 54 kilogram (kg) mampu menghadiah emas buat negara.

Menurutnya, anak kelahiran Kelantan itu kini sedang berada kini berada di Thailand untuk menyertai kejohanan di negara berkenaan.

“Alhamdulillah, kami (PPM) setakat ini tidak pernah gagal dalam sasaran pungutan pingat emas untuk negara.

“Bagaimanapun, tahun ini PPM tidak berani tak letak jumlah sasaran sebab banyak perancangan tergendala akibat pandemik Covid-19 selama dua tahun,” kepada pemberita pada Kejohanan Muaythai Elit Kebangsaan 2022 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa di sini semalam.

Nor Iman Alif Rakib

Pada kejohanan itu, Johor muncul juara keseluruhan apabila menggondol lapan emas.

Shahnaz memberitahu, pada edisi kali ini Vietnam telah membuang beberapa kategori yang sebelum ini menjadi ‘lubuk’ emas buat kontijen negara seperti kategori 45 kg, 48 kg dan 51 kg.

Katanya, hanya kategori 54 kg, 57 kg dan 60 kg sahaja yang dipertandingkan di Vietnam pada temasya kali ini.

“PMM telah merangka strategi untuk memastikan sukan berkenaan mampu menyumbang emas buat kontijen negara.

“Untuk makluman pada 2 April depan, kita akan menghantar seramai 16 atlet Muaythai untuk menjalani latihan di Bangkok, Thailand sebelum berlepas ke Vitenam,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya