Messi, Neymar diejek penyokong PSG setiap kali sentuh bola

Messi, Neymar diejek penyokong PSG setiap kali sentuh bola

LIONEL Messi (kiri) dan Neymar diejek penyokong PSG setiap kali menyentuh bola dalam aksi Ligue 1 semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Lionel Messi dan Neymar diejek penyokong Paris Saint-Germain (PSG) setiap kali menyentuh bola biarpun membantu pasukan itu menumpaskan Bordeaux 3-0 dalam aksi Ligue 1 semalam.

Bordeaux adalah pasukan pertama yang ditentang PSG sejak disingkirkan oleh Real Madrid pada pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara, Khamis lalu.

Skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu selesa mendahului secara agregat 2-0 selepas Kylian Mbappe meledak gol pembukaan di Santiago Bernabeu, namun kesilapan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma membuka peluang kepada Real untuk bangkit.

Karim Benzema akhirnya meledak hatrik untuk membawa pasukannya mara ke suku akhir secara agregat 3-2.

Media kemudian melaporkan, badan bola sepak Eropah, UEFA sedang menyiasat Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi dan pengarah sukan, Leonardo kerana ‘menyerang’ pegawai perlawanan selepas aksi tersebut.

NEYMAR meraikan jaringannya ketika membantu PSG menewaskan Bordeaux dalam aksi Ligue 1 semalam. – AFP

Penyokong PSG bagaimanapun lebih kecewa dengan prestasi pemain mereka, terutama Messi dan Neymar dua bintang ‘mahal’ yang dianggap memberikan sumbangan minimum.

Dalam aksi semalam, Mbappe sekali lagi menemui sasaran dengan membuka jaringan pada minit keempat , manakala Neymar dan Leandro Paredes menambah dua lagi gol di babak kedua.

PSG kini mengumpul 15 mata di depan Marseille dan Nice untuk berada selesa di puncak Ligue 1 dan berada di landasan terbaik bagi menyamai rekod 10 gelaran Saint-Etienne.

“Tiada sesiapa yang menyokong PSG merasai perasaan lain selain kekecewaan selepas tersingkir.

“Kesedihan. Saya rasa itu perkataan paling tepat. Kesedihan di Parc des Princes.

“Messi dan Neymar? Kami semua terkesan. Kami memahami kekecewaan penyokong tetapi kami mengambil tanggungjawab ini dan menerima kekalahan sebagai satu pasukan,” kata Pochettino. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya