Mercedes bina semula kereta F1 - Utusan Malaysia

Mercedes bina semula kereta F1

PRESTASI jentera Mercedes yang kurang memberangsangkan di awal musim membuatkan pasukan itu membina semula kereta mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAKHIR, Bahrain: Pasukan Mercedes mengambil keputusan untuk membina semula jentera terbaik mereka selepas mempamer aksi hambar pada aksi pembukaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Bahrain kelmarin.

Prinsipal pasukan, Toto Wolff menyifatkan mereka gagal bertanding untuk gelaran dunia selepas jentera W13 serba tidak menjadi dan ketinggalan agak jauh meskipun Lewis Hamilton berjaya menaiki podium tempat ketiga.

Ferrari melakukan kejutan apabila meraih kemenangan 1-2 menerusi Charles Leclerc dan Carlos Sainz, sementara Hamilton di kedudukan ketiga selepas Max Verstappen (Red Bull) berdepan masalah pada baki tiga pusingan ter­akhir.

Wolff berharap pasukanya dapat menyelesaikan beberapa masalah terutama melibatkan isu downforce sebelum bermulanya perlumbaan pusingan ke­dua di Jeddah hujung minggu ini.

“Masalah utama ketika di laluan lurus dan Hamilton tidak dapat memecut lebih laju, jadi kami perlu membuat penilaian selepas beberapa perlumbaan untuk melihat keseluruhan masalah yang ada pada jentera,” kata Wolff.

Mercedes dikatakan berdepan masalah aerodinamik pada ­jentera W13 dan tidak stabil ketika memecut di laluan lurus hingga berlaku lantunan sehingga timbulnya masalah seretan selain isu cengkaman tayar

Sementara itu, Hamilton mengambil pendekatan positif walaupun sedar pasukannya berdepan masalah dan berharap Mercedes berjaya menemui beberapa peningkatan menjelang perlumbaan di Jeddah nanti.

“Ferrari dan Red Bull sangat laju di laluan lurus, manakala prestasi mereka di selekoh sa­ngat berbeza dengan Mercedes.

“Saya berharap dalam perlumbaan seterusnya kami berjaya menemui beberapa penambahbaikan,” kata Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya