Melaka Titans hidupkan sisa peluang - Utusan Malaysia

Melaka Titans hidupkan sisa peluang

APIT kanan Melaka Titans, Rusdee Leerem (kanan) melakukan aksi akrobatik sambil cuba dihadang pemain Putrajaya Cyborg, Mohamad Muslim M. Ramli dalam perlawanan Piala Juara-Juara STL di Iskandar Studio Malaysia, Iskandar Puteri hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Melaka Titans menunjukkan jalan keluar kepada Putrajaya Cyborg selepas menang 21-16, 21-17 dalam aksi Kumpulan B, Piala Juara-Juara STL di Iskandar Malaysia Studio, petang tadi.

Melaka Titans yang menang dua perlawanan peringkat kumpulan perlu menunggu keputusan pertemuan antara Kuala Lumpur (KL) Thunder menentang Penang Black Panthers malam ini.

Skuad bimbingan Riduan Ramli perlu mengharapkan juara bertahan, KL Thunder menundukkan pasukan dari utara tersebut untuk mara ke pusingan seterusnya.

Pada set pertama, perlawanan bermula seimbang setelah kedua-dua pasukan berbalas serangan bagi mengutip mata untuk mencari kedudukan yang selesa.

Melaka Titans yang diketuai Muhamad Umar Mohamad menguasai permainan dan mendahului di kedudukan 15-13 hasil pungutan mata yang diraih menerusi servis Sahidan Md. Ali.

Perejam import, Rusdee Leerem memastikan Melaka Titans terus menguasai kutipan apabila mendahului 18-16 sebelum menamatkan saingan dengan menambah tiga lagi mata untuk menang 21-16.

Bersambung set kedua, servis yang dilakukan Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin berjaya diapungkan dan Rusdee memastikan mata dikutip Melaka Titans untuk mendahului 6-3.


PEMAIN Melaka Titans, Rusdee Leerem (kiri), Muhamad Umar Mohamad (tengah) dan Sahidan Md Ali meraikan kejayaan mengalahkan Putrajaya Cyborg 21-16, 21-17 dalam Piala Juara-Juara STL di Iskandar Studio Malaysia, Iskandar Puteri hari ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Melaka Titans yang bertahan dengan baik terus mempamerkan penguasaan permainan setelah melebarkan kedudukan mendahului 10-5.

Ketajaman servis Sahidan membantu pasukan untuk terus mendahului sebelum Rusdee memastikan Putrajaya Cyborg terus dihukum dengan variasi rejaman untuk berada di posisi selesa 17-9.

Tertekan dengan kedudukan itu, Ridhuwan Abdul Manaf enggan menyerah kalah dan memberikan tentangan merapatkan kedudukan dengan menambah kutipan mata berpunca daripada servis Meor bagi merapatkan jurang kepada 19-14.

Bagaimanapun, usaha Putrajaya Cyborg itu dilihat sudah terlambat apabila apabila pasukan terus menambah kutipan mata hingga menamatkan saingan dengan kiraan 21-17.

Putrajaya Cyborg akan melengkapkan jadual Kejuaraan Juara-juara STL apabila menentang KL Thunder, esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya