Manjung FC uji sentuhan pertama Gamel bersama Tok Gajah

Manjung FC uji sentuhan pertama Gamel bersama Tok Gajah

SRI Pahang akan diuji buat kali pertama menentang Manjung FC esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sentuhan pertama Jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel akan teruji sepenuhnya apabila menentang Manjung FC pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Perlawanan itu sudah tentu menjadi medan terbaik untuk membuktikan anak-anak buah jurulatih kelahiran Perancis itu mampu memungut tiga mata mudah.

Bukan sahaja menang, tetapi penyokong Sri Pahang sudah tentu melihat keupayaan jentera serangan mampu mencetak jumlah gol yang besar berikutan bertemu pasukan amatur Liga M3 dari Perak itu.

Di atas kertas, Sri Pahang yang tidak beraksi pada dua pertemuan awal berikutan Covid-19 sepatutnya tidak punya alasan untuk tidak menghampakan penyokong di laman sendiri.

SENTUHAN pertama Christophe Gamel bersama Tok Gajah akan teruji dalam perlawanan Piala FA esok.

Bagaimanapun, pemain Sri Pahang di tuntur agar kekal fokus sepanjang tempoh 90 minit termasuk tidak leka di penghujung perlawanan.

“Sebenarnya, kami tidak boleh memandang mudah dan tetap menghormati lawan termasuk pertemuan dengan Manjung FC, kami perlu bermain dengan baik untuk menewaskan mereka untuk mara ke pusingan seterusnya,” kata Gamel hari ini.

Kesebelasan terbaik nenjadi taruhan Sri Pahang termasuk empat import baharu selain Manual Hidalgo yang di kekalkan.

Sri Pahang perlu melihat rekod empat perlawanan dalam saingan Liga M3 setakat ini, kelab amatur dari Perak itu mengekalkan rekod tanpa kalah bagi menduduki tangga teratas Kumpulan A  dengan 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu seri.

Biarpun barisan sebahagian pemainnya berdepan jangkitan Covid-19 baru-baru ini, Gamel mahu Sri Pahang dapat beraksi cemerlang di halaman sendiri.

“Saya harap semua pemain dapat memberikan komitmen 100 peratus sepanjang perlawanan untuk menafikan peluang Manjung City,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya