Malaysia turunkan pasukan terkuat - Utusan Malaysia

Malaysia turunkan pasukan terkuat

KEMENANGAN ke atas Filipina, Rabu lalu meyakinkan Harimau Malaysia untuk menumpaskan pasukan Singapura dalam aksi kedua malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kim Pan Gon tidak akan melakukan banyak perubahan dalam kesebelasan utama yang mengalahkan Filipina 2-0, Rabu lalu apabila menentang Singapura dalam perlawanan ke­dua, Siri Tiga Negara malam ini.

Berpuas hati dengan prestasi pasukannya dalam aksi pertama, pengendali dari Korea Selatan itu mahu Harimau Malaya memburu kemenangan dan pada masa sama menilai permainan sebenar pemain terbaik kebangsaan.

Katanya, biarpun ia hanya aksi persahabatan, namun beliau tetap inginkan kemenangan bagi melonjakkan motivasi menje­lang Kelayakan Piala Asia 2023, Jun nanti.

BARISAN Pemain skuad kebangsaan mula selesa menjalani latihan bersama jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon.

“Saya baru mengambil alih pasukan dan kami sudah melalui beberapa sesi latihan serta aksi persahabatan. Ini perlawanan kedua, dan objektif kami ke sini (Singapura) adalah menilai kemampuan semua pemain.

“Ia juga medan untuk melihat kefahaman taktikal dan eksperimen, namun saya sedar perlawanan esok penting dan sebagai jurulatih saya juga ada matlamat.

“Kami akan cuba yang terbaik daripada segi taktikal, semoga ada peluang yang cerah untuk meraih keputusan baik,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Kata Pan Gon, menentang ­Singapura adalah pertemuan ‘derby’ penting buat Malaysia dan sebab itu, mereka harus cuba memenangi perlawanan.

KIM Pan Gon menerapkan disiplin yang tinggi dalam skuad kebangsaan.

Kedua-dua pasukan sudah bertemu 68 kali, di mana Malaysia mencatat 26 kemenangan.

Selebihnya, Singapura menang 20 kali, dan seri 22 kali, sekali gus cukup membayangkan betapa sengit pertemuan yang akan berlangsung malam ini.

Ketika ditanya mengenai kecederaan, Pan Gon mengesahkan, beberapa pemain hanya mengalami kecederaan ringan.

Selepas bertemu Singapura, Harimau Malaya akan berdepan kelab Liga Singapura, Albirex Nigata Singapore pada 28 Mac depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya