Liverpool tidak selalunya bernasib baik - Utusan Malaysia

Liverpool tidak selalunya bernasib baik

ROBERTO Firmino (kiri) sudah bersedia untuk kembali memperkuatkan pasukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Legenda Liverpool, Ian Rush percaya memberi amaran kepada bekas pasukannya mereka tidak ‘selalunya bernasib baik’ menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton esok.

Kata Rush, Reds berjaya ‘melepaskan diri’ daripada malang dalam tiga aksi terakhir, namun dia tetap yakin mereka akan pulang dengan tiga mata di Brighton untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu, Manchester City.

Jadual perlawanan yang padat memaksa Reds melakukan penggiliran pemain dan mempamer aksi tidak konsisten dalam beberapa perlawanan terakhir.

Selepas mengalahkan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti 11-10 untuk muncul juara Piala Liga pada 28 Februari, Reds melakukan menukar 10 pemain apabila bertemu Norwich, tiga hari kemudian untuk menang 2-1 pada saingan Piala FA.

Tiga hari berselang, Liverpool turun lagi ke padang untuk aksi Liga Perdana dengan barisan pemain berbeza, yang menyaksikan mereka berhempas pulas untuk mengalahkan West Ham 1-0.

Tiga hari kemudian, Reds mengalami kekalahan pertama dalam tempoh hampir setahun apabila tewas 0-1 di laman sendiri kepada Inter Milan dalam Liga Juara-Juara.

Begitupun, kemenangan 2-0 yang dilakar pada aksi pertama, cukup untuk membawa mereka ke suku akhir secara agregat 2-1.

“Liverpool tidak mengharungi perlawanan yang selesa seperti dijangkakan dalam beberapa aksi terakhir, malah Inter Milan menjadi pasukan pertama menang di Anfield selepas lebih setahun.

“Sejujurnya, Liverpool tidak bermain baik dalam tiga perlawanan terakhir, biarpun berjaya mengatasi Norwich dan West Ham.

“Mereka berjaya ‘melepaskan diri’ dan menang selepas bermain teruk. Kekalahan kepada Inter adalah peringatan buat Liverpool, mereka tidak selalunya bernasib baik,” kata Rush.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya