Liverpool terus beri tekanan kepada City - Utusan Malaysia

Liverpool terus beri tekanan kepada City

LUIS Diaz menanduk gol pembukaan Liverpool di Stadium Amex, Brighton malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool terus memberi tekanan kepada Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila menumpaskan Brighton 2-0 di Stadium Amex, sebentar tadi.

Jaringan Luis Diaz dan Mohamed Salah memastikan Reds merapatkan jurang dengan pendahulu, City kepada tiga mata ketika saingan liga berbaki 10 perlawanan.

Bintang sayap Colombia, Diaz terus mempamer aksi memukau apabila meledak gol pembukaan pada minit ke-19 selepas menanduk hantaran jauh pemain pertahanan, Joel Matip.

MOHAMED Salah meraikan gol kedua Liverpool ketika menentang Brighton.

Salah menggandakan kedudukan dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-61 setelah bola sebelum itu terkena tangan pertahanan lawan.

Ini adalah kemenangan liga kelapan berturut-turut buat Reds, sekali gus terus memberikan tekanan kepada City yang akan bertandang ke Crystal Palace, Selasa ini.

Jaringan penalti Salah juga memberikan gol ke-2,000 buat kelab dalam Liga Perdana, sekali gus menyamai rekod Manchester United.

Salah turut mengumpul 20 gol Liga Perdana buat musim keempat berturut-turut dan jaringan ke atas Brighton tiba tepat pada masanya ketika rundingan kontraknya menemui jalan buntu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya