LIVERPOOL: Liverpool melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara biarpun mengalami kekalahan pertamanya pada 2022 selepas tumpas 0-1 kepada Inter Milan di Anfield hari ini.
Kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama di Milan sudah memadai untuk membawa Reds meneruskan kemaraan secara agregat 2-1.
Jaringan cantik Lautaro Martinez pada minit ke-61 menghadiahkan kemenangan buat Inter dan mencemaskan tuan rumah seketika.
Begitupun ketika Inter mula menunjukkan momentum baik, layangan kad merah yang diberikan kepada Alexis Sanchez, dua minit kemudian mengejutkan kelab Itali itu.
Juara Serie A itu memberi tentangan berterusan dan menekan bahagian tengah Liverpool yang dibarisi Curtis Jones, Thiago dan Fabinho.
Joel Matip dan Virgil van Dijk pula hampir menjaringkan gol buat Liverpool tetapi percubaan mereka terkena palang. – AGENSI