Lima tahun terakhir di United sia-sia - Utusan Malaysia

Lima tahun terakhir di United sia-sia

PAUL POGBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Paul Pogba semakin hampir meninggalkan Manchester United selepas mengisytiharkan musim Red Devils sudah berakhir dan mengakui tahun-tahun terbaiknya menjadi sia-sia sepanjang lima tahun terakhir di Old Trafford.

Kontrak Pogba akan tamat pada 30 Jun ini, dan bintang tengah Perancis itu boleh berpindah secara percuma.

Gergasi Eropah seperti Juventus, Real Madrid serta Paris Saint-Germain (PSG) antara yang dikaitkan dengan perancang utama berusia 29 tahun itu, namun Newcastle United dan Aston Villa turut memantau situasi pemain berkenaan.

Menurut kem Pogba, hampir mustahil pemain itu akan bersetuju untuk memperbaharui kontrak kerana sehingga kini dia tidak memahami peranan sebenarnya di United.

United akan menutup musim ini dengan tangan kosong buat tahun kelima berturut-turut dan Pogba yang menjaringkan gol dalam final Liga Europa 2017 ketika kali terakhir kelab itu menjulang trofi berkata, dia mahu bermain untuk pasukan mampu mencabar kejuaraan.

“Anda harus jujur, Lima musim terakhir tidak memuaskan saya, tidak sedikit pun. Tahun ini sudah berakhir, kami tidak memenangi apa-apa.

“Sama ada bersama Manchester United atau di kelab lain, saya mahu memenangi trofi,” kata Pogba dalam wawancara bersama Le Figaro.

Pemenang Piala Dunia itu juga menjelaskan, dia mampu bermain dengan lebih baik bersama Perancis berbanding United kerana mempunyai peranan yang jelas untuk negaranya.

“Ia mudah. Bersama Perancis, saya bermain di posisi saya. Saya tahu peranan saya dan rasa yakin dengan jurulatih serta rakan sepasukan.

PAUL Pogba beraksi lebih baik bersama Perancis.

“Adalah perkara biasa untuk merasakan perbezaan di United kerana sukar untuk konsisten apabila anda sering berdepan perubahan pada kedudukan anda atau sistem atau rakan-rakan sepasukan.

“Di United, adakah saya benar-benar mempunyai peranan? Saya bertanya soalan itu tetapi tidak mempunyai jawapan,” katanya yang menyertai United dari Juventus pada 2016. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya