Langkah Zii Jia tersekat di tangan Kunlavut - Utusan Malaysia

Langkah Zii Jia tersekat di tangan Kunlavut

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persiapan Lee Zii Jia untuk mempertahankan kejuaraan badminton All England di Birmingham minggu depan tidak berjalan baik apabila dikejutkan oleh pemain muda Thailand, Kunlavut Vitidsarn pada separuh akhir Terbuka Jerman di  Muelheim an der Ruhr, sebentar tadi.

Turun sebagai pilihan kelima kejohanan, Zii Jia kalah mudah 13-21, 12-21 dalam masa 41 minit kepada lawannya yang merupakan juara remaja dunia tiga kali.

Beraksi dalam kejohanan Terbuka pertamanya sebagai pemain profesinal, pemain No. 7 dunia itu yang akan menginjak 24 tahun pada 29 Mac ini gagal menunjukkan prestasi meyakinkan.

Itu bermakna, Zii Jia masih gagal menambah koleksi kejuaraan sejak menjuarai All England tahun lalu dan meneruskan prestasi ‘yo-yo’.

Kunlavut, 21, yang telah menumpaskan Zii tiga kali kini akan menentang pemenang di antara jaguh No. 1 dunia, Viktor Axelsen atau pemain India, Lakshya Sen dalam final esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya