Langkah Pearly-Thinaah terhenti di suku akhir - Utusan Malaysia

Langkah Pearly-Thinaah terhenti di suku akhir

PEARLY Tan (kiri) dan M. Thinaah antara sandaran Malaysia di Birmingham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hajat beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk memahat sejarah mara ke separuh akhir tidak kesampaian biarpun memulakan perlawanan dengan meyakinkan apabila tewas kepada pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong pada suku akhir badminton All England di Birmingham hari ini.

Menang 21-15 di set pembukaan, juara Terbuka Switzerland 2021 itu bagaimanapun tumpas 17-21, 9-21 kepada beregu No. 64 dunia, Na Eun-Hye Jeong dalam dua set berikutnya.

Turun sebagai pasangan No. 15 dunia, Pearly-Thinaah memasang impian untuk melangkah ke separuh akhir buat kali pertama selepas melayakkan diri ke suku akhir kedua berturut-turut dengan mengalahkan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun 18-21, 21-19, 21-16 semalam.

Begitupun, aksi tidak konsisten yang ditunjukkan beregu wanita negara menyebabkan langkah mereka tersekat lebih awal.

Cabaran Malaysia kini akan diteruskan perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang akan berdepan jaguh Jepun, Kento Momota lewat pagi nanti, manakala beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menentang pasangan No. 2 dunia, Zheng Siwei-Huang Yaqiong dari China. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya