Langkah juara Terbuka Jerman terkandas awal di All England

Langkah juara Terbuka Jerman terkandas awal di All England

GOH SZE FEI-NUR IZZUDDIN RUMSANI. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya tiga hari selepas menjuarai Terbuka Jerman, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tersingkir seawal pusingan pertama kejohanan badminton All England di Birmingham pagi tadi.

Beregu lelaki No. 17 dunia itu tumpas 15-21, 21-19, 11-21 kepada pasangan China, He Ji Ting-Tan Qiang.

Nur Izzuddin-Sze Fei sebelum ini merangkul kejuaraan pertama dalam Jelajah Dunia dengan menumpaskan satu gandingan China, Liu Yuchen-Ou Xuanyi 23-21, 16-21, 21-14, Ahad lalu.

Sementara itu, dalam saingan perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan Liew Daren berjaya melepasi halangan awal masing-masing.

LEE ZII JIA

Turun dengan misi mempertahankan kejuaraan, Zii Jia menumpaskan Kenta Nishimoto 21-16, 21-17 untuk bertemu Brian Tan dari Kanada hari ini.

Seorang lagi pemain profesional negara, Daren pula menyingkirkan Toma Junior Popov dari Perancis 21-15, 21-19 untuk menempah pertemuan pusingan kedua dengan pilihan keempat dari Taiwan, Chou Tien Chen.

Cabaran Malaysia turut diteruskan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Woo Yik, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) serta tiga beregu campuran, Tan Kian Ming-Lai Pei Jing, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See dan Yew Sin-Goh Liu Ying.

Ee Yi-Yew Sin, pilihan kelapan kejohanan menumpaskan Callum Hemming-Steven Stallwood dari England 21-14, 21-12 untuk berdepan Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dari Indonesia.

AARON Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik dan pilihan keempat, Aaron-Wooi Yik yang terpaksa menarik diri pada Terbuka Jerman kerana jangkitan Covid-19 mengetepikan Christopher Grimley-Matthew Grimley 21-14, 21-19, dan akan bertemu Ji Ting-Tan Qiang.

Satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun hampir mengejutkan juara dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi apabila memberikan tentangan sengit hingga ke set penentuan sebelum akur tewas 17-21, 21-18, 21-23.

Sementara itu, Pearly-Thinaah tidak berdepan masalah melepasi halangan pertama beregu wanita dengan menundukkan Jaqueline Lima-Samia Lima dari Brazil 21-8, 21-12 untuk bertemu pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi.

M. THINAAH (kiri) dan Pearly Tan.

Dalam beregu campuran, gandingan baharu Yew Sin-Goh Liu Ying dipaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan Callum Hemming-Jessica Pugh dari England 17-21, 21-17, 21-11, sekali pun bakal berdepan cabaran getir pilihan kedua, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China.

Langkah empat lagi wakil negara, Tan Wee Kiong-Tan Kian Meng, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei tersekat awal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya