Klopp mahu Liverpool ‘geram’ dan ‘tamak’ - Utusan Malaysia

Klopp mahu Liverpool ‘geram’ dan ‘tamak’

Trent Alexander-Arnold (kanan) disisihkan bebebrapa minggu akibat kecederaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp memberitahu pemain Liverpool agar mempunyai perasaan ‘geram’ dan ‘tamak’ jika serius mahu menghambat empat kejuaraan musim ini.

Reds kini berada pada kedudukan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 130 tahun yang gemilang, iaitu di landasan memburu empat trofi memasuki bulan Mac.

Biarpun hanya berdepan kelab Liga Kejuaraan, Nottingham Forest pada suku akhir Piala FA esok, namun pengendali Liverpool itu mahu anak-anak buahnya bertandang ke tempat lawan dengan perasaan seolah-olah beraksi di final.

JURGEN KLOPP

“Kami bukan sahaja perlu sentiasa positif, malah kena meletakkan diri dalam keadaan tamak, marah dan terdesak, seolah-olah berada pada situasi paling teruk.

“Kami berjuang seolah-olah tidak pernah memenangi semua kejuaraan itu, sebelum turun ke padang, harus ada pemikiran, kalau tidak menang perlawanan ini, semuanya akan berakhir. Itulah yang cuba kami lakukan apabila berdepan Nottingham,” kata Klopp.

Belum ada mana-mana pasukan di Eropah pernah menjulang empat trofi utama dalam satu musim, dan Klopp berkata, ia bukan perkara mudah untuk dilakukan.

Reds yang sudah pun menjulang Piala Liga bulan lalu, kini di tangga kedua Liga Perdana Inggeris dengan satu mata di belakang Manchester City dan akan menentang Benfica pada suku akhir Liga Juara-Juara.

JAMES MILNER

Sementara itu, misi Reds untuk memburu gelaran treble menerima tamparan apabila tonggak penting pasukan, Trent Alexander-Arnold mungkin tidak dapat beraksi beberapa minggu akibat kecederaan hamstring.

Bek kanan berusia 23 tahun itu bukan sahaja cemerlang membantu benteng pasukan, malah mencipta banyak umpanan kepada jentera serangan meledak gol.

“Trent terpaksa direhatkan kerana masalah hamstring, dia juga terlepas perlawanan bersama England. Ia bukan berita yang baik, apatah lagi kami tidak tahu berapa lama dia perlu berehat.

“Untuk menggantikannya hampir mustahil tetapi kami ada (James) Milner dan (Joe) Gomez yang boleh mengisi posisi ditinggalkan Trent, pemain yang amat berpengaruh,” kata Klopp. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya