KL Thunder cerah peluang muncul naib juara STL - Utusan Malaysia

KL Thunder cerah peluang muncul naib juara STL

PEMAIN KL Thunder, Mohd. Azlan Alias melakukan rejaman ketika menentang Bomba Fighters dalam perlawanan Liga Premier STL di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kuala Lumpur (KL) Thunder mencerahkan peluangnya untuk muncul naib juara saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 selepas menumpaskan Bomba Fighters 2-0 di Stadium Indera Mulia di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun kemenangan itu bukan jaminan skuad bimbingan Mohd. Rashidi Nordin tersebut sah bergelar juara kerana mereka masih punyai baki satu perlawanan iaitu menentang juara  baharu, ATM Guardians pada pukul 5 petang Ahad ini.

Jika tumpas perlawanan itu KL Thunder masih boleh dipintas oleh Negeri Sembilan Antlers yang mempunyai baki tiga perlawanan atau Penang Black Panthers .

Apa pun dalam perlawanan tadi, trio KL Thunder terpaksa mengerah tenaga sebelum mencatat kemenangan 21-18, 21-17 dalam pertarungan selama 68 minit.

Dengan servis Mohammad Syahir Rosdi banyak tersangkut, Kuala Lumpur memberi banyak mata kepada lawan.

Mujur rejaman Mohd. Azlan Alias banyak mendatangkan mata kepada Kuala Lumpur sekaligus mengatasi lawan di penghujung perlawanan.

Kurang pengalaman adalah faktor kegagalan Bomba Fighters yang menurunkan Muhammad Al Hafiz Mohammad Isa, Rusdee Leerem dan Shohibul Fadillah Abd. Salam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya