Kemelut luar padang tidak jejas Chelsea - Utusan Malaysia

Kemelut luar padang tidak jejas Chelsea

PENGURUS Chelsea, Thomas Tuchel (tengah) meraikan kejayaan pasukannya menewaskan Lille di Stadium Pierre Mauroy, Villeneuve-d'Ascq, Perancis hari ini untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LILLE: Chelsea terus mempamer aksi cemerlang di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai masa depan kelab apabila mara ke suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Pengendali Blues, Thomas Tuchel berkata, dia akan menjadikan Chelsea ‘pasukan yang tidak ingin ditemui lawan mereka’ selepas gol Christian Pulisic dan Cesar Azpilicueta membantu pasukan itu mengalahkan Lille 2-1 di Perancis, sekali gus mara secara agregat 4-1.

Kemenangan itu hadir pada hari ketika keluarga Ricketts, pemilik pasukan Liga Utama Besbol, Chicago Cubs, mengetuai konsortium untuk membeli kelab London tersebut, manakala atlet olahraga terkemuka, Sebastian Coe mengumumkan penglibatannya untuk mengambil alih bidaan.

Kerajaan United Kingdom (UK) sebelum ini mengenakan sekatan ke atas pemilik kelab, Roman Abramovich kerana didakwa kroni kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin yang menceroboh Ukraine.

Chelsea kini sudah beraksi lima perlawanan sejak Abramovich ingin menjual kelab pada 2 Mac dan mereka menang kesemua perlawanan itu.

Sejak tewas 0-1 di Manchester City pada pertengahan Januari, pasukan Tuchel hanya tewas sekali dalam aksi penentuan sepakan penalti kepada Liverpool pada perlawanan akhir Piala Liga.

“Chelsea sangat jelas apa dengan apa yang dimahukan dari pemain hinggakan kaki tangan.

“Mainkan peranan anda sehingga ke penghujungnya, hidup dengan suasana itu dan ambil tanggungjawab,” kata Tuchel ketika ditanya bagaimana beliau dan pasukannya berjaya kekal fokus di tengah-tengah semua kegawatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya