Kemasukan Keluarga Ricketts cetus kebimbangan peminat Chelsea

Kemasukan Keluarga Ricketts cetus kebimbangan peminat Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Keluarga Ricketts telah dimasukkan dalam senarai pendek pembida untuk membeli Chelsea walaupun terdapat segelintir peminat Blues yang menentang usaha mereka.

Bank dari New York, Raine Group, yang ditugaskan menyelaras proses bidaan pembelian Chelsea ketika ini telah mengurangkan senarai pembeli berpotensi kepada empat pilihan termasuk Keluarga Ricketts.

Peminat Chelsea telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak mahu usaha Keluarga Ricketts berjaya berdasarkan komen anti-Islam yang dibuat oleh Joe Ricketts dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, nampaknya Keluarga Ricketts masih dalam proses, bersama-sama dengan bidaan daripada kumpulan Todd Boehly, konsortium Sir Martin Broughton, dan satu lagi pembida yang namanya masih dirahsiakan.

JOE RICKETTS 

Keluarga Ricketts yang juga merupakan pemilik Chicago Cubs berkata, mereka berharap untuk mengambil alih kelab itu dan telah cuba meredakan kebimbangan penyokong selepas bertemu dengan Yayasan Penyokong Chelsea (CST) minggu ini.

Pada 2012, Joe Ricketts berkata, bahawa orang Islam ‘secara semula jadi musuh saya’, walaupun wakil keluarga telah meminta kumpulan itu tidak dihakimi berdasarkan komen seorang lelaki, yang sebenarnya tidak mengetuai bidaan tersebut.

Sementara itu, bagi memjawab kebimbangan CST, Tom Ricketts dalam kenyataan memaklumkan, dia dan keluarga sangat berterima kasih kepada semua penyokong dan kumpulan penyokong yang meluangkan masa untuk bertemu pada minggu ini.

“Kami telah mendengar semua maklum balas anda termasuk daripada CST dan bersyukur kerana pintu masih terbuka untuk kami menunjukkan komitmen untuk bekerjasama dengan peminat untuk melindungi warisan kelab.

“Kini terpulang kepada kami untuk gandakan usaha kami dan jelaskan visi untuk pengurusan kelab kami dengan kepelbagaian dan penyertaan di tengah-tengahnya,” kata Tom Ricketts.

Sebelum ini, peminat Chelsea telah menggunakan hashtag ‘NoToRickettsFamily’ di media sosial secara beramai-ramai selama lebih seminggu dalam usaha untuk memaksa tawaran keluarga itu keluar dari pencalonan, walaupun nampaknya ia tidak berkesan.

Menurut laporan, bidaan rahsia keempat termasuk dalam senarai pendek itu diketuai oleh Stephen Pagluica iaitu seorang eksekutif ekuiti swasta Amerika Syarikat yang merupakan pemilik bersama pasukan bola keranjang Boston Celtics.

Kumpulan Boehly nampaknya masih menjadi kegemaran, tetapi keluarga Ricketts mempunyai hubungan bersejarah dengan Raine Group, dan kemasukan mereka dalam senarai pendek terakhir, walaupun bantahan peminat, adalah petanda yang membimbangkan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya