Kelantan United mahu bedil PDRM FC - Utusan Malaysia

Kelantan United mahu bedil PDRM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan United FC mahu ‘membedil’ PDRM FC, sekali gus meraih mata penuh dalam aksi Liga Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Pengendalinya, Syamsul Saad berkata, kemenangan sulung penting buat Kelantan United bagi ‘membebaskan’ pasukan dari kedudukan tercorot liga ketika ini selepas tumpas kepada Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada aksi sebelum ini.

Menurutnya, situasi itu tidak baik untuk moral pemain dalam mengharungi saingan liga musim ini yang baharu bermula.

“Misi kami ke Cheras ini untuk meraih mata penuh bagi mengubah kedudukan carta. Hal ini kerana saya tidak mahu ketinggalan jauh dengan pasukan-pasukan lain dalam Liga Perdana.

“Saya akui tugas ini bukan mudah, tuan rumah pastinya mahu meraih mata penuh. PDRM FC pastinya mempunyai moral yang cukup tinggi setelah meraih kemenangan ke atas Perak FC,” katanya.

Syamsul memberitahu, Kelantan United sudah mempunyai strategi untuk berdepan Sang Saka Biru.

Katanya, dia berharap pemain dapat berjuang mati-matian pada aksi itu nanti.

“Saya mahu pemain fokus dan memberi aksi terbaik serta memanfaatkan setiap peluang terhidang dalam bentuk jaringan,” ujarnya.

Anak kelahiran Perak itu berkata, Kelantan United kembali mendapat sentuhan penyerang import dari Nigeria, Jacob Njoku.

Katanya, Njoku sudah bersiap sedia sepenuhnya turun beraksi pada perlawanan itu nanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya