KOTA BHARU: Kelantan FC ‘ligat’ merekrut import terbaharu mereka yang juga penyerang kebangsaan Lebanon, Fadel Antar untuk berdepan Petaling Jaya City (PJ City) pada pusingan pertama mati Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.
Pengendali The Red Warriors (TRW), Rezal Zambery Yahya berkata, penggempur Lebanon itu mempunyai karakter tersendiri, namun dia tidak mahu bergantung kepada pemain tersebut semata-mata.
“Bagi saya kesebelasan pemain di atas padang nanti perlu bekerjasama sebagai satu pasukan semasa bertahan dan menyerang.
“Kerajinan itu sangat dititikberatkan bagi memastikan kita mampu melakar keputusan positif pada aksi tersebut nanti,” katanya.
Rezal Zambery memberitahu, bertemu PJ City bukan tugas mudah memandangkan lawan dibarisi pemain tempatan yang berkualiti dan lengkap disegenap posisi walaupun tanpa kehadiran tonggak import.
Katanya, barisan pemain perlu Kelantan FC perlu waspada dan bijak memanfaatkan setiap peluang terhidang dalam bentuk jaringan.
“Kita perlu menang perlawanan ini kerana tiada aksi timbal balik dan pemain saya perlu mempamerkan aksi yang lebih bertenaga dan mengimbangi perlawanan nanti,” ujarnya.