Kelab penyokong Perak FC tangguh buat laporan polis - Utusan Malaysia

Kelab penyokong Perak FC tangguh buat laporan polis

HAKIMI Halim (kanan) menyerahkan memorandum penyelesaian isu gaji pemain kepada Khairul Affendee Salim di Ipoh hari ini. - UTUSAN/AZIZAN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Gabungan Persatuan Penyokong Bolasepak Perak (TBG Mobs Perak Fans Club) menangguhkan untuk membuat laporan polis tetapi tetap menyerahkan memorandum kepada pemilik Perak FC, Impact Media and Communication (IMC) Sdn.Bhd hari ini.

Penyerahan itu dilakukan oleh Setiausaha Persatuan, Hakimi Halim kepada Ahli lembaga Pengarah (BOD) Perak FC, Khairul Affendee Salim di pejabat kelab itu pukul 2 petang.

Hakimi berkata, penangguhan membuat laporan polis itu berikutan ada perkembangan baru dalam isu kelewatan pembayaran gaji itu.

“Saya difahamkan ada perkembangan positif dalam penyelesaian kemelut ini, jadi kami bersetuju untuk memberi tempoh 14 hari kepada IMC menyelesaikan isu ini.

“Jika tidak diselesaikan dalam tempoh itu kami akan buat laporan polis. Ia terkandung dalam memorandum yang diserahkan sebagai peringatan, “katanya.

Hakimi berkata, TBG Mobs bukan berniat untuk mencari permusuhan dengan sesiapa .

“Kami hanya melakukan semua ini untuk menjaga kebajikan pemain terutama pemain skuad Piala Presiden dan Belia.

“Kasihan mereka pada usia muda ini terpaksa melalui kesulitan,” katanya .

Khairul Affendee pula memohon maaf di atas apa yang berlaku dan berkata pihaknya sedang berusaha menyelesaikan kemelut itu.

“Kami tidak duduk diam kerana berusaha mencari jalan penyelesaian dengan mencari penaja untuk mendapatkan dana,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya