Kalah kepada Tigris, Antlers tutup musim di tangga keempat

Kalah kepada Tigris, Antlers tutup musim di tangga ketiga

JOHOR Tigris (kanan) mempamer aksi mantap dengan mengejutkan Negeri Sembilan Antlers dalam aksi terakhir Liga Premier, STL 2021/2022 di Stadium Indera Mulia, Ipoh semalam. - IHSAN STL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Impian Negeri Sembilan Antlers muncul naib juara saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) Premier 2021/2022 tidak kesampaian apabila tumpas 0-2 kepada Johor Tigris di Stadium Indera Mulia, sebentar tadi.

Kekalahan 10-21, 13-21 itu menyaksikan Negeri Sembilan terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan memberi laluan kepada Kuala Lumpur (KL) Thunder muncul naib juara.

Negeri Sembilan yang bermain cemerlang dalam dua perlawanan sebelum ini dijangka mampu melepasi Johor Tigris yang tidak konsisten, namun apa yang berlaku Johor berjaya meningkatkan persembahan untuk memenangi perlawanan dalam masa tidak sampai 50 minit.

Jelas ia mereka tampil dengan aksi berbeza berbanding ketika tumbang 0-2 kepada pasukan tercorot, Kelantan Warriors, semalam.

Menyedari kelemahan gandingan ketika bertemu Kelantan, jurulatih Ahmad Jais Baharun melakukan rombakan terhadap regu Johor Tigris dengan memasukkan Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Mohd. Muqhlis Borhan menggantikan Nur Haziq Norali dan Muhd. Lutfil Hadi Azmi.

Percaturannya itu nyata berjaya apabila kedua-dua pemain itu bersama Siwatbanchan Seekhwa mewujudkan gandingan mantap untuk menjinakkan trio Mohamad Hisham Mat, Muhamad Zul Aqil Ikram Mohd. Sah dan Mohd. Syazreenqamar Salehan.

Walaupun Negeri Sembilan memasukkan Yushanif Rosli pada set kedua dalam usaha menyekat kemaraan lawan tetapi tekong berasal dari Perak itu tidak terdaya mengubah nasib pasukannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya