IPOH: Johor Tigris memperbaiki kedudukan dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 selepas menumpaskan Selangor Pistons 2-0 di Stadium Indera Mulia, sebentar tadi.
Kemenangan itu membolehkan anak-anak buah Ahmad Jais Baharun mendaki ke kedudukan kelima dari tangga ketujuh Liga Premier, sekali gus
Keputusan itu juga menyaksikan Johor Tigris terselamat dari relegasi apabila mengutip 16 mata.
Pasukan selatan tanah air itu berpeluang menyelitkan diri ke kedudukan tiga teratas jika mampu menang baki dua perlawanannya iaitu bertemu Kelantan Warriors dan Negeri Sembilan Antlers, esok.
Selangor Pistons turun satu anak tangga iaitu ketujuh dan masih boleh digugat.
Apapun dalam perlawanan tadi, Johor hanya menerima tentangan sengit di set pertama untuk menang 22-20.
Set kedua pula menyaksikan Selangor Pistons bagaikan hilang selera dan tumpas mudah 21-15. – UTUSAN ONLINE