JDT mampu bolot semua trofi 2022

JDT mampu bolot semua trofi 2022

jdt
JDT menunjukkan prestasi cemerlang ketika menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Sabtu lalu dan menjadi pilihan utama untuk menguasai Liga Malaysia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka membolot semua trofi yang ditawarkan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Ini selepas mereka mempamer aksi mengagumkan pada perlawanan Sumbangsih menentang Kuala Lumpur City (KL City), Sabtu lalu.

Skuad bimbingan Benjamin Mora mempamer gaya bola sepak moden, me­lakukan tekanan berterusan dan bermain agresif.

Bekas pemain kebangsaan, Hairuddin Omar percaya, penyang juara itu akan terus menguasai Liga M jika dapat mengekalkan permainan sebegitu sehingga akhir musim.

Bagaimanapun, beliau melihat lima pasukan berpotensi me­nyaingi mereka musim ini iaitu Selangor, Kedah, Sabah, Terengganu FC dan KL City.

HAIRUDDIN OMAR

“Pasukan pilihan untuk menguasai Liga M sudah tentu JDT tetapi mereka akan dicabar Sela­ngor, Kedah, Sabah, Terengganu dan KL City.

“Dalam aksi Sumbangsih, mereka bermain bagus, boleh dikatakan selalu melakukan tekanan dan bermain secara agresif.

“Melihat prestasi semasa dan jika konsisten se­perti itu, mereka akan memenangi semua piala musim ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

JDT menjuarai Liga Super lapan kali berturut-turut dari 2014 hingga 2021, malah kejayaan menumpaskan KL City 3-0. Ini membolehkan mereka mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah kali kelima berturut-turut.

PEMAIN Johor Darul Ta’zim (JDT) meraikan kejayaan menumpaskan Kuala Lumpur City dalam perlawanan Sumbangsih, sekali gus menjadi pilihan untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super 2022. – IHSAN JOHOR SOUTHER TIGERS

Kata Hairuddin, KL City sebenarnya mampu menjadi pencabar Liga M dan prestasi anak-anak buah Bojan Hodak Sabtu lalu bukan kekuatan sebenar mereka.

Sementara itu, penganalisis sukan, Dr. Pekan Ramli percaya, terlalu sukar buat mana-mana pasukan mencabar kehebatan JDT, namun melihat Terengganu mampu memberi saingan sengit.

“Saya memilih Terengganu antara pencabar yang boleh memberi saingan sengit kepada JDT biarpun agak sukar,” katanya.

JDT membawa masuk import baharu yang mampu memberi perbezaan besar – Fernando Forestieri, Carli De Murga, Bienvenido Maranon dan Moussa Sidibe. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya