Itali gagal lagi ke Piala Dunia - Utusan Malaysia

Itali gagal lagi ke Piala Dunia

PEMAIN Itali gagal menahan kecewa selepas gagal ke Piala Dunia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALERMO: Juara Eropah, Itali gagal melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut selepas dikejutkan oleh pasukan kerdil Macedonia Utara 0-1 dalam playoff di tempat sendiri pagi tadi.

Jaringan Aleksandar Trajkovski pada waktu kecederaan memberi kemenangan dramatik buat Macedonia, negara dengan dua juta penduduk.

Empat tahun lalu, Itali, juara dunia empat kali terlepas Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

Bagaimanapun sejak muncul juara Eropah tahun lalu, anak-anak buah Roberto Mancini dilihat sudah kembali menjadi pencabar utama di pentas besar.

Dalam aksi di Stadium Renzo Barbera, skuad Azzurrri melancarkan 32 percubaan ke gawang lawan, berbanding hanya empat  dilakukan Macedonia, namun tiada satu pun berjaya menghasilkan gol.

Kegagalan menyempurnakan banyak peluang terhidang terpaksa dibayar dengan harga tinggi oleh tuan rumah.

“Ia terlalu mengecewakan, sangat..sangat menyakitkan.

“Kami mencipta banyak peluang dan menguasai permainan tetapi gagal memenangi perlawanan.

“Saya tidak tahu mengapa kami gagal menyempurnakan semua peluang, saya juga terlibat dalam situasi ini, dan ia amat menyakitkan bila difikirkan semula,” kata Jorginho.

Macedonia kini akan menentang Portugal yang mengalahkan Turki 3-1 dalam satu lagi separuh akhir playoff. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya