Ini bukan Harimau Malaya 'mi segera' - Utusan Malaysia

Ini bukan Harimau Malaya ‘mi segera’

PEMAIN Harimau Malaya berlepas ke Singapura semalam untuk menghadapi tiga perlawanan persahabatan bermula dengan menentang Filipina hari ini. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Biarpun berpuas hati dengan komitmen pemain selepas seminggu mengendalikan Harimau Malaya, Kim Pan Gon menegaskan, mereka bukan mesin atau komputer yang boleh ‘menghadam’ semua taktikal yang diterapkan dalam sekelip mata.

Beliau juga meminta penyokong bola sepak negara agar tidak terlalu mengharapkan perubahan dalam sekelip mata kerana masih banyak perkara harus dipelajari dan ditempuhi pemain.

Walaupun masih terlalu awal untuk merumuskan segala taktikal yang diterapkan barisan kejurulatihan baharu, namun jurulatih dari Korea Selatan itu optimis anak-anak buahnya dapat menterjemahkan input yang diperoleh dalam sesi latihan sepanjang tiga perlawanan persahabatan Singapura bermula hari ini.

“Saya berpuas hati dengan sesi latihan yang kita lakukan di mana pemain dapat menyesuaikan diri dengan cepat apabila kita membantu mereka dengan pelbagai maklumat pada sesi latihan. Kita berkomunikasi dengan baik untuk membantu mereka.

“Saya yakin dengan apa yang sudah mereka tunjukkan pada sesi latihan. Saya sudah melihat kualiti mereka dan mereka boleh buktikan kemampuan mereka pada perlawanan sebenar nanti.

“Cuma kita pun perlu bersabar kerana pemain bukan mesin, mereka adalah manusia yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan maklumat baharu yang diterima. Mereka bukan komputer yang boleh bertindak serta merta.

“Kita perlu menunggu dan kita akan bimbing mereka de­ngan cara yang betul. Jadi kita perlukan masa untuk membentuk pasukan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Jelasnya lagi, bekas pengendali Hong Kong itu turut mahukan anak buahnya tampil dengan penuh keyakinan selain sentiasa percaya pada kemam­puan diri sendiri.

“Sesi latihan selama seminggu ini bukan setakat menekankan aspek taktikal tetapi juga kepada pembinaan pasukan. Kami mahu lihat mereka bermain sebagai satu unit dan bermain lebih yakin di atas padang.

“Kami percaya pemain boleh tunjukkan model permainan seperti yang sudah dirancang, jadi saya teruja untuk menyaksikan apa yang akan berlaku. Saya mahu lihat bagaimana mereka membawa apa yang diperolehi pada sesi latihan ke aksi sebenar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya