Harimau Malaya 'layan' K-Pop sambil berlatih [video] - Utusan Malaysia

Harimau Malaya ‘layan’ K-Pop sambil berlatih [video]

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mengambil semangat jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon yang membimbing skuad bola sepak kebangsaan, sesi latihan Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil sejak beberapa hari lalu ditemani alunan lagu K-Pop.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, Zulzainal77 semalam, kedengaran lagu-lagu dendangan kumpulan Blackpink dan Weeekly dimainkan ketika pemain negara memasuki padang dan menjalani latihan.

Pan Gon yang memulakan tugas sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya pada 17 Februari lalu memulakan latihan pertama bersama pemain-pemainnya, Isnin lepas.

Malaysia dijadual berdepan Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura pada 26 Mac dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Singapura, sebelum menentang kelab Liga Singapura, Albirex Niigata pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya