Liga Super: Harimau Kumbang tenang jumpa JDT tanpa dua import

Liga Super: Harimau Kumbang tenang jumpa JDT tanpa dua import

liga super
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penang FC tidak panik dengan kehilangan dua tonggak import, Endrick Dos Santos dan Casagrande yang digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila membuka kempen Liga Super dengan bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat ini.

Menurut pengendali dari Republik Czech, Tomas Trucha apa yang berlaku menjadi peringatan kepada semua pemain Harimau Kumbang agar sentiasa bersedia membawa cabaran pasukan.

“Perkara ini boleh berlaku pada bila-bila masa, malah kami juga pernah kehilangan dua tonggak pada musim lalu.

“Pada akhirnya kita perlu sedar pasukan ini memiliki keseluruhan 27 pemain dan empat penjaga gol. Jadi setiap seorang daripada mereka perlu bersedia dan saya percaya perkara ini boleh diuruskan,” katanya.

Pada 25 Februari lalu, Terengganu FC (TFC) II dan Penang FC masing-masing didenda RM10,000 dan RM5,000 susulan pergaduhan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, 10 Februari lepas.

Selain itu, Endrick turut digantung dua minggu daripada semua aktiviti bola sepak bermula Khamis lalu hingga 9 Mac dan didenda RM1,000, manakala Casagrande digantung sebulan yang juga bermula Khamis lalu selain didenda RM3,000.

Mengulas mengenai persiapan pasukan menjelang pembukaan Liga Malaysia (Liga M), Jumaat ini, Trucha berkata, semua pemain berdepan cabaran untuk membina semula pasukan selepas kemasukan ramai pemain baharu.

“Apabila ‘maraton’ perlawanan bermula nanti, saya yakin pemain akan menunjukkan betapa mereka memiliki kualiti dan mampu menghadirkan keputusan baik buat kami.

“Kami telah bina pasukan ini sejak Disember lalu dan tentunya ia menghadirkan cabaran untuk membentuk formasi serta kombinasi yang baik.

“Sebenarnya kami baru saja dapat mengumpulkan keseluruhan pemain minggu lalu dan apabila Endrick serta Casagrande digantung, kami perlu mencari penyelesaian baharu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya