Harimau Kumbang tamatkan STL 2021/2022 di tangga keempat - Utusan Malaysia

Harimau Kumbang tamatkan STL 2021/2022 di tangga keempat

PEMAIN Penang Black Panthers meraikan kejayaan menumpaskan Bomba Fighters dalam aksi Liga Premier, STL 2021/2022 di Stadium Indera Mulia, Ipoh malam ini. - IHSAN STL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penang Black Panthers yang membariskan skuad muda musim ini menutup kempen Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 dengan cemerlang apabila menduduki tangga ketiga.

Kemenangan 2-0 ke atas Bomba Fighters di  Stadium Indera Mulia sebentar tadi memastikan Harimau Kumbang mengesahkan kelompok empat teratas Liga Premier.

Trio Muhammad Zarif Merican Ibrahim Merican, Aekasit Naphom dan Muhammad Zulhusni Basri tidak menghadapi masalah untuk membenam lawan 21-15, 21-5 dalam tempoh 52 minit.

Skuad Pulau Mutiara itu juga merehatkan bintang Thailandnya, Aekasit Naphom di set kedua selepas mendahului 16-4.

PENANG Black Panthers (baju hitam) mempamer aksi cemerlang ketika menumpaskan Bomba Fighters dalam Liga Premier, STL 2021/2022 di Stadium Indera Mulia, Ipoh malam ini. – IHSAN STL

Apit kanan tinggi lampai itu digantikan oleh Mohamad Haikal Mohamad Jamil yang tidak menghadapi masalah melaksanakan kepercayaan diberi.

Walaupun regu Bomba yang membariskan Mohamad Al-Hafiz Mohammad Isa, Rusdee Leerem dan Muhammad Adli Abu Bakar cuba memberi tentangan, tetapi mereka tidak terdaya menahan kemaraan Penang.

Kelemahan servis Mohammad Al-Hafiz yang banyak terkandas adalah faktor Bomba Fighters gagal dalam perlawanan ini.

Sebaliknya keberkesanan servis Muhammad Zarif dan rejaman tajam, Aekasit adalah faktor kejayaan mudah Panthers.

Dengan kekalahan ini, Bomba Fighters kini menduduki kedudukan kesembilan selepas dipintas oleh Perak Bison. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya