PETALING JAYA: Lagu Negaraku berkumandang megah di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia selepas pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli memenangi Perlumbaan 1 Pusingan Kedua, Asia Talent Cup (ATC) semalam.
Bermula dari petak kedua, Hakim cemerlang memimpin perlumbaan sehingga garisan penamat dengan catatan masa 28 minit, 08.357 saat.
?️ Mandalika?? Race 1 Highlights ?
Relive the best moments from the first race of the weekend in Indonesia ?
Hakim Danish ?? is our 1st winner, who will win tomorrow?#RoadToMotoGP? pic.twitter.com/l5KsHXH2Di
— Asia Talent Cup (@AsiaTalentCup) March 19, 2022
Dia meninggalkan jauh pesaing terdekat, Shinya Ezawa dari Jepun yang menduduki tempat kedua dengan kelebihan 15.677s manakala pelumba tuan rumah, Reykat Fadillah meraih podium ketiga.
Seorang lagi pelumba Malaysia, Farish Hafiy menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan, Emil Izdhar ke-10, sementara Farres Putra gagal menamatkan perlumbaan.
Hakim kini menduduki tangga kedua keseluruhan mengumpul 47 mata dan akan bertarung lagi dalam Perlumbaan hari ini. – UTUSAN ONLINE