Guardiola tidak panik City keciciran mata - Utusan Malaysia

Guardiola tidak panik City keciciran mata

RIYAD Mahrez menanduk bola tepat kepada penjaga gol Manchester City, Vicente Guaita dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pep Guardiola tidak panik selepas Manchester City mensia-siakan deretan peluang ketika seri 0-0 di Crystal Palace awal pagi tadi, keputusan yang mampu menjejaskan misi mereka untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Skuad kendalian Guardiola melancarkan 18 percubaan ke gawang lawan dan menguasai 74 peratus permainan tetapi gagal memanfaatkan peluang di Selhurst Park.

Bernardo Silva dan Aymeric Laporte paling banyak mensia-siakan peluang, malah dikecewakan oleh penjaga gol Palace, Vicente Guaita yang cemerlang untuk pasukannya mengikat pendahulu liga itu.

Dengan kemenangan Liverpool di Brighton, Sabtu lalu, City kini mengatasi pasikan tangga kedua itu dengan empat mata.

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola bercakap dengan penjaga gol Crystal Palace, Vicente Guaita di Selhurst Park, London hari ini. – AFP

Anak-anak buah Jurgen Klopp yang bermain kurang satu perlawanan berpeluang mengurangkan jurang kepada hanya satu mata jika memenangi perlawanan menentang pasukan tangga keempat, Arsenal yang berada di tangga keempat esok.

“Kami bermain baik dan mencipta banyak peluang tetapi tidak menyempurnakannya. Kadang kala ia berlaku.

“Saya lebih suka jika menang, sudah tentu, tetapi cara kami bermain amat menakjubkan di dalam stadium yang rumputnya tidak sempurna.

“Masih banyak perlawanan untuk diharungi. Kami memerlukan kemenangan tetapi dengan cara kami bermain, saya tidak kesal terhadap pasukan.

“Tiada tuah dalam bola sepak. Kami perlu menjaringkan gol dan kami tidak melakukannya,” kata Guardiola. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya