LONDON: Tidak lama selepas Badan bola sepak antarabangsa dan Eropah, FIFA serta UEFA menyingkirkan Rusia. Hari ini Ragbi Dunia pula bertindak menggantung negara itu dan Belarus daripada sebarang akitiviti antarabangsa ‘hingga notis seterusnya’.
Badan induk dunia untuk sukan itu mengumumkan penggantungan ‘segera dan sepenuhnya’ berikutan pencerobohan ke atas Ukraine.
Keanggotaan bekas negara komunis itu dalam Ragbi Dunia digantung serta merta, bermakna peluang tipis negara itu untuk layak ke Piala Dunia di Perancis tahun depan sudah tertutup sama sekali.
“Ragbi Dunia mengulangi kritikan terhadap penaklukan agresif Rusia terhadap Ukraine dan usaha membantu yang dilakukan Belarus.
“Jawatankuasa Eksekutif hari ini mengambil keputusan mempertahankan keluarga ragbi dan pendirian teguh terhadap konflik berdasarkan cadangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.
“Penggantungan penuh dan serta merta terhadap Rusia dan Belarus daripada semua aktiviti ragbi antarabangsa termasuk ragbi peringkat kelab sehingga diberitahu kelak.
“Penggantungan penuh dan serta merta terhadap Persatuan Ragbi Rusia daripada keanggotaan Ragbi Dunia hingga notis seterusnya,” kata kenyataan berkenaan. – AFP