Fatin Ilyana layak tapi tidak disenaraikan ke Sukan SEA

Fatin Ilyana layak tapi tidak disenaraikan ke Sukan SEA

Sukan SEA
FATIN ILYANA MAT NAYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilihan kuartet 100 meter wanita ke Sukan SEA, Mei ini mencetus kontroversi apabila nama atlet remaja, Fatin Ilyana Mat Nayan yang layak sesi pemilihan ke temasya itu bagaimanapun tidak disenaraikan.

Semua atlet 100m wanita negara dikehendaki menyertai sesi percubaan dalam Kejohanan KL All Comers di Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Zaidatul Husniah Zulkifli yang memegang masa terbaik dalam kalangan pelari 100m wanita negara (11.59saat) memenangi perlumbaan dengan catatan 11.62 saat (s), diikuti Nur Sarah Adi (11.89s), manakala Fatin Ilyana di tempat ketiga menerusi kepantasan 11.97s.

Begitupun, nama Fatin Ilyana tercicir daripada temasya di Vietnam yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mei, situasi yang nyata tidak menggembirakan jurulatih kebangsaan, M. Balamurugan dan Zaidatul Husniah.

ZAIDATUL HUSNIAH ZULKIFLI

“Dia (Fatin Ilyana) lari bawah 12 saat iaitu 11.97 saat. Dia juga tewaskan Siti Fatima (Mohamad) dan Komalam Shally. Apabila dapat tahu (senarai pelari) kami agak terkejut, kalau macam ini baik tidak payah lari (percubaan), dia sudah buktikan dan kami yakin dia boleh.

“Saya sendiri lihat kesungguhan Fatin Ilyana semasa sesi latihan, jadi ini sangat merugikan,” kata Zaidatul Husniah kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Balamurugan kecewa Fatin Ilyana yang sudah membuktikan kemampuan, malah baru berusia 19 tahun tidak tersenarai ke Sukan SEA.

Balamurugan berkata, Pengarah teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Dwayne Miller membuat keputusan untuk membawa Zaidatul Husniah, Azreen Nabila (Alias), Nur Sarah, Komalam Shally dan Siti Fatima.

“Fatin Ilyana telah membuktikan kemampuan apabila mencatat masa 11.97 saat ketika merangkul gangsa dalam acara 100m akhir di kejohanan KL All Comers minggu lalu. Dia sangat bersemangat namun, hasratnya dinafikan.

“Miller sudah buat keputusan, dia nak juga Siti Fatima dan Komalam Shally…Dalam mesyuarat baru-baru ini, saya sudah bentangkan prestasi semasa Fatin Ilyana yang menang di beberapa kejohanan dan catatan masa atasi dua pelari itu.

“Bagi saya, sangat rugi apabila kita persia-siakan bakat pelari muda yang sangat berkebolehan dan ada potensi besar. Atlet sudah buktikan dia boleh tetapi tidak tersenarai,” katanya.

Ketika kejohanan KL All-Comers sememangnya dijadikan pemilihan kuartet 100 meter wanita ke Sukan SEA, dan perkara itu dinyatakan sendiri oleh Presiden KOM, Datuk S.M Muthu.

Balamurugan berkata, dia telah mencadangkan lima pelari untuk ke Sukan SEA kepada KOM iaitu Zaidatul Husniah (11.59s), Azreen Nabila (11.77s), Nur Sarah (11.89s), Fatin Ilyana (11.97s) dan Nur Aishah Rofina Aling (12.06s) namun, tidak diendahkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya