Dua gol Fernandes bawa Portugal ke Piala Dunia 2022

Dua gol Fernandes bawa Portugal ke Piala Dunia 2022

BRUNO Fernandes meledak dua gol buat Portugal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO: Dua gol Bruno Fernandes membantu Portugal menumpaskan Macedonia Utara 2-0, sekali gus mara ke Piala Dunia buat kali keenam berturut-turut.

Selepas mengejutkan Itali 1-0 dalam separuh akhir playoff di Palermo minggu lalu, Macedonia gagal mengulangi magis yang sama, malah tenggelam di Porto, awal pagi tadi.

Cristiano Ronaldo yang diturunkan dalam kesebelasan utama membentuk kombinasi mantap bersama rakan sepasukannya di Manchester United, Fernandes.

Gerakan dua pemain itu menghasilkan gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-32 selepas Fernandes menyambut hantaran Ronaldo untuk menewaskan penjaga gol lawan, Stole Dimitrievski.

BRUNO Fernandes (tengah) meraikan jaringannya bersama Cristiano Ronaldo (kiri) dan Diogo Jota.

Penyerang Liverpool, Diogo Jota turut menjadi ancaman besar buat Macedonia, malah gerakannya kepada Fernandes membolehkan Portugal meledak gol kedua pada minit ke-65.

Kemenangan itu bermakna, Ronaldo bakal beraksi dalam Piala Dunia buat kali kelima di Qatar, November ini pada usia 37 tahun.

Pencapaian terbaik kapten Portugal itu sebelum ini adalah mara ke separuh akhir 2006, di mana mereka kalah kepada Perancis.

Macedonia Utara yang menghuni ranking ke-67 dunia sebelum ini mengejutkan Jerman untuk muncul naib juara Kumpulan J dalam kempen awal kelayakan.

Mereka kemudian menyingkirkan juara Eropah, Itali 1-0 di tempat lawan, Sabtu lalu hasil jaringan Aleksandar Trajkovski pada minit ke-92. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya