Cukup kuatkah King of Malaya? - Utusan Malaysia

Cukup kuatkah King of Malaya?

MAMPUKAH Selangor menjadi pencabar serius Liga Malaysia musim ini? Ujian pertama Gergasi Merah bermula dengan menentang KL City malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekuatan sebenar Selangor musim ini sukar dibaca. Kehilangan penjaring terbanyak Liga Super 2021, Ifedayo Olusegun dan keputusan melepaskan sebahagian besar import musim lalu menyebabkan mereka beralih kepada beberapa muka baharu yang belum teruji.

Kombinasi penyerang tempatan, Shahrel Fikri Md. Fauzi yang belum kembali ke prestasi terbaik dan tonggak baharu dari Brazil, Herlison Caion serta Hyuri Henrique menjadi sandaran di bahagian depan.

Prestasi Selangor dalam dua aksi pramusim belum cukup meyakinkan selepas kalah 0-2 kepada Terengganu dan seri 3-3 dengan Melaka United.

Begitupun, kemampuan Caion (dua gol) dan Hyuri meledak jaringan dalam pertemuan dengan Melaka, malah berganding baik dengan penyerang muda, Ahmad Danial Asri melegakan pengendali mereka, Michael Feichtenbeiner.


KEHADIRAN pemain import baharu, terutama penyerang Brazil membawa nafas baharu kepada Selangor musim ini.

Begitupun, benteng Selangor yang agak rapuh membimbangkan pengendali dari Jerman itu apabila membuka kempen Liga Super dengan menentang musuh tetangga, Kuala Lumpur City (KL City) di Cheras malam ini.

Ketiadaan Safuwan Baharuddin akibat kecederaan menuntut bek tengah dari Jordan, Yazan Al-Arab segera menyesuaikan diri dengan pasukan baharu. Quentin Cheng (bek kanan), Fazly Mazlan (pertahanan kiri) dan Shahrul Nazeem dijangka membentuk benteng Red Giants.

“Kami memberi tumpuan kepada pertahanan untuk lebih stabil dan kuat, namun saya percaya kami memiliki kekuatan, kuasa serta keupayaan di jentera serangan seperti yang ditunjukkan dalam aksi persahabatan.

“Memandangkan kebanyakan pemain pertahanan kami adalah kombinasi baharu, ia akan mengambil masa untuk meningkatkan persefahaman, komunikasi dan pergerakan sepanjang persiapan liga.

“Begitupun, saya yakin kami sudah bersedia untuk memulakan kempen Liga Super dan mampu memberi cabaran kuat kepada KL City,” kata Feichtenbeiner.

KL City sedia menampilkan kekuatan sebenar apabila berdepan Selangor.

Sementara itu, KL City yang beraksi jauh daripada keupayaan sebenar ketika dibenam 3-0 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Sumbangsih, Sabtu lalu berkata, perjuangan sebenar mereka bermula dengan menentang Selangor.

“Keutamaan Kuala Lumpur adalah perlawanan rasmi pertama liga menentang Selangor yang memberikan mata. Mahu atau tidak, kita perlu mendapatkan mata kerana Selangor nampak lebih bersedia musim inii,” kata pemain tengah, Zhafri Yahya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya