'Chelsea tak akan berakhir seperti United' - Utusan Malaysia

‘Chelsea tak akan berakhir seperti United’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hartawan hartanah Britain, Nick Candy berjanji akan terus berbelanja besar jika berjaya membeli Chelsea.

Jutawan dari London itu membuat tawaran 2 bilion pound (RM11.05 bilion) kepada pemilik Blues, Roman Abramo­vich sebelum tarikh tutup – 9 malam semalam (4 pagi waktu Malaysia).

Candy memberi jaminan, konsortium yang menerima sokongan kewangan dari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Korea Selatan itu serius untuk memperkenalkan ‘model baharu’ pemilikan.

Dia juga berikrar untuk menjadikan penyokong tegar Blues ‘jantung’ kelab.

NICK CANDY

“Kami hanya perlu mengikut model yang ada bila membuat keputusan di atas padang dan dalam pasaran perpindahan.

“Sepanjang 20 tahun lalu, kelab melalui tempoh yang sa­ngat hebat.

“Pasukan ini telah mempa­mer aksi bola sepak yang cemerlang, memenangi banyak trofi. Roman telah melakukan kerja yang luar biasa bersama pasukannya.

“Jika saya menguasai kelab, saya tidak akan menukar Bruce Buck (pengerusi) dan Marina Granovskaia (pengarah). Jika mereka mahu kekal, saya suka mereka kekal. Mengapa tukar sesuatu yang sudah bagus?

“Saya fikir kita tidak sepatutnya berakhir seperti Manchester United, di mana kita ada keluarga kaya tetapi gagal mendapatkan hasil terbaik.

“Harus ada tanda aras untuk memiliki kelab bola sepak,” kata Candy.

Syarikat Korea Selatan, Hana Financial Investment Company Limited dan C&P Sports Limited menyertai konsortiam yang diketuai Candy membuat bidaan membeli Blues.  AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya