Chelsea 'semput' sebelum ke suku akhir Piala FA - Utusan Malaysia

Chelsea ‘semput’ sebelum ke suku akhir Piala FA

PEMAIN Chelsea meraikan gol kemenangan yang diraikan Romelu Lukaku.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea berjaya mengelak mimpi ngeri dengan mara ke suku akhir Piala FA selepas menumpaskan kelab Liga Kejuaraan, Luton Town 3-2 hari ini, iaitu beberapa jam selepas pemilik mereka, Roman Abramovich mengesahkan akan menjual kelab London itu.

Anak-anak buah Thomas Tuchel bertandang ke Kenilworth Road untuk pusingan kelima Piala FA dengan dibayangi pengumuman Abramovich susulan konflik melibatkan Rusia dan Ukraine.

Hartawan Rusia itu mengambil keputusan untuk menjual Chelsea kerana bimbang akan dikenakan sekatan oleh kerajaan Britain gara-gara pencerobohan yang dilakukan Rusia ke atas Ukraine.

“Kami ada mendengar spekulasi itu. Kami bukan tinggal di pulau dan sudah tentu kami ada berbincang sesama sendiri mengenai perkara ini.

“Ia adalah berita besar. Kita tunggu dan lihat dan mengharapkan yang terbaik. Dalam jangka masa singkat, bagi kami sebagai satu pasukan, harap tidak terlalu banyak yang akan berubah.

“Kami cuba ketepikan segala isu ini dan kekal fokus yang mana ia bukan mudah. Kami menunjukkan bahawa kami mampu melakukannya,” kata Tuchel kepada BBC selepas tamat perlawanan.

Reece Burke meletakkan tuan rumah di depan seawal minit kedua sebelum Saul Niguez menyamakan kedudukan pada minit ke-27.

Chelsea sekali lagi ketinggalan di minit ke-40 selepas Harry Cornick menjaringkan gol untuk Luton namun Timo Werner kembali menyamakan kedudukan minit ke-68 sebelum Romelu Lukaku mengesahkan kemenangan Chelsea 10 minit kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya