Chelsea, Real Madrid berentap di suku akhir - Utusan Malaysia

Chelsea, Real Madrid berentap di suku akhir

UNDIAN suku akhir Liga Juara-Juara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NYON, Switzerland: Juara bertahan, Chelsea berdepan laluan amat berduri apabila diundi menentang juara 13 kali, Real Madrid pada suku akhir Liga Juara-Juara.

Dalam undian yang diadakan di ibu pejabat badan bola sepak Eropah, UEFA di sini sebentar tadi, Blues menyambut kepulangan bekas pengurus mereka, Carlo Ancelotti pada suku akhir pertama pada 6 April sebelum bertandang ke Santiago Bernabeu pada 14 April.

Kedua-dua pasukan turut bertemu pada separuh akhir musim lalu yang menyaksikan Chelsea menang 2-0 pada perlawanan pertama, sebelum seri 1-1 dalam aksi timbal balik, sekali gus mara ke final secara agregat 3-1.

Sementara itu, pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City turut berdepan undian mencabar apabila menentang Atletico Madrid, pasukan menyingkirkan Manchester United di peringkat 16 akhir.

Satu lagi kelab Sepanyol, Villarreal pula berdepan gergasi bola sepak Jerman, Bayern Munich, manakala juara enam kali, Liverpool menentang Benfica. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya