MANCHESTER: Manchester City mara ke suku akhir Liga Juara-Juara secara agregat 5-0 selepas seri tanpa jaringan dengan Sporting Lisbon pada perlawanan kedua, pusingan 16 akhir hari ini.
Biarpun buntu mencari gol di Etihad, namun prestasi cemerlang dalam aksi pertama bulan lalu memastikan anak-anak buah Pep Guardiola selesa untuk meneruskan kemaraan.
City memperoleh beberapa peluang, malah Raheem Sterling berdepan situasi satu lawan satu, dan gol Gabriel Jesus pula dibatalkan kerana ofsaid.
Pertahanan mantap Lisbon turut menafikan hasrat City untuk merobek gawang mereka.
Guardiola yang menggunakan sistem penggiliran pemain, melakukan enam pertukaran daripada skuad yang menang 4-1 ke atas Manchester United, Isnin lalu.
Pemain remaja, CJ Egan-Riley membuat penampilan sulung Liga Juara-Juara mengisi posisi bek kanan. – AGENSI