Budiak aset berharga TSG

Budiak aset berharga TSG

budiak
ANATOLII Budiak (empat, kiri) bersama juara dan pemenang tempat ketiga Tour du Rwanda di Kigali, Ahad lalu. - IHSAN TSG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anatolii Budiak terbukti semakin serasi bersama Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) apabila mengakhir kempen Tour du Rwanda di tangga kedua keseluruhan di Kigali, Ahad lalu.

Budiak, 26, yang baru menyertai TSI awal tahun ini gagal merebut jersi kuning yang dimenangi pelumba Drone Hopper-Androni Giocattloi, Natnael Tesfatsion selepas ketinggalan 26 saat di belakang.

Pelumba berusia dari Ukraine itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan selama 23 jam 26 minit.

Dia sebelum itu menutup peringkat kelapan dan terakhir sejauh 75.3 kilometer di tangga kesembilan, manakala Tesfatsion di tangga ke-10 dengan berkongsi catatan masa iaitu 2’10:9s.

“Satu cara paling hebat mengakhiri kempen pada perlumbaan Tour du Rwanda.

“Anatolii Budiak berada di tempat kedua dalam klasifikasi umum keseluruhan selepas mengharungi peringkat kelapan yang mencabar,” kata TSG dalam satu kenyataan di Facebook.

Budiak yang muncul juara keseluruhan Tour of Mevlana di Turki tahun lalu bersama pasukan lamanya, Spor Toto Cycling mengungguli peringkat keenam Tour du Rwanda sekali gus meletakkannya dalam kedudukan terbaik untuk berakhir di podium.

Juara Jelajah Berbasikal Rwanda, Tesfatsion menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 23’25:34s, sementara di tempat ketiga, Jesse Ewart dari pasukan Bike Aid.

Pelumba muda TSG, Nur Aiman Zariff menempatkan diri di kedudukan ke-59 keseluruhan, manakala Mohd. Shahrul Mat Amin pula terkeluar daripada perlumbaan akibat tidak berjaya menamatkan saingan pada peringkat keenam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya