‘Budak Golok’ harapan selamatkan Kelantan Warriors

‘Budak Golok’ harapan selamatkan Kelantan Warriors

KEHADIRAN Mafuden Arwae (kanan) menjadi harapan buat Kelantan Warriors untuk menyelamatkan diri daripada tersingkir ke Divisyen 1 musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN BARU: Kelantan Warriors belum mengibar bendera putih dan tidak rela tersingkir ke ­Divisyen 1. Sebaliknya akan me­lakukan apa sahaja untuk memenangi dua perlawanan minggu terakhir bagi menyelamatkan diri di Liga Premier, Emas ­Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022.

Kekalahan 17-21, 21-17, 17-21 kepada Negeri Sembilan (NS) Antlers dalam aksi terakhir ming­gu ketujuh kelmarin. Menyebabkan Kelantan terus terperosok ke dasar Liga Premier dengan lapan mata, empat mata di belakang ‘zon selamat’.

Bermakna, Kelantan tiada pi­lihan kecuali menumpaskan Johor Tigris dan Perak Bison minggu ini bagi menghidupkan harapan.

Hanya memiliki tiga gan­dingan pemain, Naim Izani (tekong), Aidil Aiman (pengumpan) dan Mafuden Arwae (perejam) cukup memperlihatkan skuad kendalian Azhar Sarbini ibarat pahlawan sejati.

“Secara matematik, peluang kami tetap ada. Kami yakin, Mafuden yang menjadi tonggak baharu pasukan sedaya upaya mahu menyelamatkan Kelantan Warriors daripada penyingkiran.

“Kelantan belum berada di zon selamat. Jadi kami akan menggandakan rentak permai­nan untuk meraih dua kemena­ngan terakhir menentang Johor dan Perak di Ipoh.

“Ini diibaratkan misi hidup dan mati kami,” kata pengurus pasukan, Fairul Rafiq Zainuddin kepada Utusan Malaysia.

Kata Fairul, Mafuden, 19, mudah menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baharunya baik di luar mahupun dalam gelanggang. Meskipun hanya membuat penampilan sulung dalam dua perlawanan minggu lalu.

“Saya yakin, gandingan ­semula pemain lama dan baharu berupaya merubah nasib pasukan dan menyelamatkan kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya