Bison tagih sokongan 'orang Perak' untuk selamatkan diri - Utusan Malaysia

Bison tagih sokongan ‘orang Perak’ untuk selamatkan diri

PEMAIN Perak Bison mengharapkan sokongan penyokong tuan rumah mampu menaikkan semangat mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Berada di ambang penyingkiran ke Divisyen 1, Perak Bison mengharapkan tuah gelanggang sendiri mampu membantu mereka mengutip empat mata yang ditawarkan pada minggu terakhir Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022.

Dengan kedudukan pasukan itu ibarat ‘telur di hujung tanduk’, Ketua Jurulatih Perak Bison, Suhairi Abd. Aziz berharap, anak-anak buahnya mampu menjelmakan keajaiban bagi melakar kemenangan ke atas Putrajaya Cyborg hari ini, diikuti satu pasukan tercorot, Kelantan Warriors esok.

“Hanya satu kemenangan daripada baki dua perlawanan mampu menyelamatkan kami.

“Itu yang kami perlu lakukan apabila bertemu Putrajaya Cyborg dan Kelantan Warriors untuk mengelak tersingkir,” kata Suhairi.

SELEPAS ditimpa musibah hingga menyukarkan kedudukan mereka dalam Liga Premier, Perak Bison berharap untuk bangkit apabila STL 2021/2022 memasuki Ipoh minggu ini.

Suhairi berharap tuah gelanggang sendiri akan mengubah nasib pasukan itu selepas dilanda musibah sebelum ini.

“Suka atau tidak kami kena menang baki dua perlawanan ini untuk kekal dalam Bahagian Premier STL ” katanya.

Jurulatih itu berkata, anak buahnya gigih berlatih dalam usaha memperbaiki kelemahan dan kepincangan pasukan.

“Para pemain sedar apa yang harus dilakukan dalam dua perlawanan itu hujung minggu ini dan menghadapi misi sukar tetapi peluang tetap ada.

“Dengan sokongan padu penyokong tempatan saya yakin peluang kami cerah dalam kedua-dua perlawanan itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya