Benarkan pemandu positif Covid-19 berlumba - Perez - Utusan Malaysia

Benarkan pemandu positif Covid-19 berlumba – Perez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAKHIR: Sergio Perez percaya, pemandu Formula Satu (F1) sepatutnya boleh berlumba walaupun dijangkiti Covid-19 selagi mereka tidak mengalami gejala teruk.

Pemandu Red Bull itu yang terlepas dua perlumbaan pada 2020 kerana positif Covid-19 berkata, dijangkiti virus itu tidak semestinya pemandu harus dilarang daripada berlumba secara automatik.

“Kita perlu melangkah ke hadapan dan bincangkan sama ada kita akan membenarkan pemandu berlumba jika simptomnya ringan.

“Pemandu jelas boleh menjadi hakim tetapi saya fikir ia masuk akal untuk mengadakan perbincangan.

“Saya fikir ia hanya bergantung pada nasib. Sukar untuk tidak melakukan apa-apa. Saya kesal apa yang berlaku kepada Seb (Sebastian Vettel) dan Daniel (Ricciardo) tetapi ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,” katanya.

Sergio Perez

Sementara itu, pemandu Ferrari, Carlos Sainz berkata, dia sukar untuk kekal berdisiplin di dalam dan sekitar kawasan paddock ketika ini memandangkan sekatan Covid-19 telah dilonggarkan di seluruh dunia.

“Saya tidak akan berbohong, ia memenatkan dan sukar selama dua tahun untuk masih melakukan perkara yang sama.

“Ada beberapa perkara saya sudah terbiasa, beberapa perkara lagi saya masih bergelut, sukar memakai pelitup muka setiap masa.

“Saya hanya berharap kita dapat kembali kepada normal secepat mungkin. Ia mungkin agak kontroversi, tetapi saya fikir kita perlu bergerak sedikit dan meneruskan kehidupan.

“Saya mempunyai peluang untuk berjuang untuk perkara yang lebih besar tahun ini, saya perlu melakukannya tetapi saya berada dalam dua situasi.

“Pada masa yang sama saya mahu semua orang berhenti memikirkan tentang Covid. Saya 50-50,” kata pemandu Sepanyol itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya